
Maksud Firman Allah:“Bertanyalah kepada Ahli Zikir jika kamu tidak ada
pengetahuan tentang hal itu.”(An-Nahl:43)
Ayat ini menuntut kita untuk merujuk kepada orang yang dikatakan Ahli Zikir
dalam memberi jawaban kepada setiap permaslahan kehidupan kita. Ayat ini,
sesungguhnya, sangat relevan dalam memberi jalan keluar kepada permasalahan
sosial yang melanda masyarakat hari ini seperti gejala pemakai narkoba, seks
bebas, korupsi dan vandalisme.
Ahli Zikir inilah yang patut menjadi tempat rujuk semua pihak dalam
menyelesaikan masalah masyarakat itu. Malangnya, kebanyakan daripada kita
merujuk kepada yang bukan ahlinya dan hasilnya masalah tetap tidak
selesai-selesai, malah semakin hari semakin bertambah pula. Maka, benarlah
kata-kata Rasulullah iaitu: “Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang
bukan ahlinya, maka tunggulah kerusakan yang bakal menimpa.”
Siapakah dia Ahli Zikir yang dianjurkan Tuhan agar kita merujuk kepadanya dalam
menyelesaikan masalah kehidupan?
Ahli Zikir ini bukanlah orang yang duduk-duduk berzikir atau berjalan-jalan
dengan membawa tasbih ke sana sini sambil mulutnya kumat-kamit. Benar, mereka
itu berzikir tetapi belum lagi boleh diiktiraf sebagai Ahli Zikir. Yang
dimaksudkan Ahli Zikir ini ialah orang yang hatinya benar-benar sudah tersambung
dengan Tuhan dalam semua hal.
Firman Allah:Orang-orang yang hatinya senantiasa terhubung dengan Allah pada
waktu berdiri, duduk dan berbaring (Ali-Imran:191)
Apabila hatinya sudah selalu terhubung dengan Tuhan, maka jadilah dia orang
kesayangan Tuhan seperti yang digambarkan oleh Tuhan dalam sebuah Hadis
Qudsi:"Amal-amal ibadah fardhu yang Aku wajibkan kepada hamba-Ku yang mereka
lakukan untuk mendekatkan dirinya kepada-Ku dan Hamba-Ku itu senantiasa
melakukan ibadah-ibadah sunnat untuk mendekatkan diri kepada-Ku hingga Aku
mencintainya. Dan apabila Aku mencintainya, maka Aku menjadi telinga baginya
untuk mendengar, mata untuk melihat, tangan untuk memegang serta kaki untuk
berjalan. Apabila ia meminta kepada-Ku pasti akan Kuberi. Apabila meminta
perlindungan kepada-Ku pasti akan Kulindungi."
Inilah dia gambaran orang yang sudah terhubung hati dengan Tuhan atau disebut
juga sebagai Ahli Zikir. Oleh yang demikian, bilamana dirujuk kepada Ahli Zikir
tentang sesuatu masalah, makanya masalah itu diselesaikan mengikut kehendak
Tuhan. Dorongan hatinya adalah dorongan Tuhan. Bilamana dia berbuat, dia berbuat
bagi pihak Tuhan. Bilamana dia berpendapat, dia berpendapat bagi pihak Tuhan.
Karena kehendak hatinya sudah selaras dengan kehendak Tuhan. Tuhan pasti akan
membantunya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar